Saturday, September 22, 2012

ape yang wanita inginkan dari lelaki.

assalamualaikum

lama tiggal blog ni. bkn tk rindu nk mngupdate. cuma masa tk nk kesian kt aku walau sikit pn. sadis. selepas berbulan2 tk mngapdate, mcm2 dh aku lalui. manis, tawar, masin, pahit smue ada. 

mstilh kenangan pahit yg kita sntiasa ingt kn? tiba2 teringat pesan seseorang. katanya, jika kita sygkn seseorg, jgn lh terlalu percaya n meletakkn harapan yg terlalu tggi. sbb takut bila kepercayaan 'tercabul' kita akan jatuh tersungkur. so besederhana je lh. 

dlm cinta perempuan tk inginkn lbh pn dari lelaki. kami tk mntak duit berkoyan2. kami tk mntak ditaja pape bek mkn, minum or pakai. melainkan bila kami mnjadi yg sah utk anda kelak. itu wajib lh. tp kami tk mntk byk. kami tahu kemampuan lelaki yg diutus utk kami. jika secupak, tkkn lh kami akan mntk segantang.

bg perempuan yg plg penting adalah :


1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

2. Bertolak ansur

Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

3. Ikhlas

Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.


4. Ingin dimanja

Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.

5.Kasih sayang

Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

 6. Kejujuran

Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.

7. Kepercayaan

Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.

8. Kesetiaan

Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

9. Lemah lembut

Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.

10. Memahami

Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

11. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

12. Mempunyai pekerjaan

Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

 13. Perhatian

Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti

14. Perlindungan

Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

15. Rajin

Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.

16. Romantik

Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.

faham ? okbai.

No comments:

Post a Comment