Friday, April 19, 2013

for u

assalamualaikum.




dear capital F: terima kasih membahagiakan. 

Saturday, March 2, 2013

my life is like a butterfly.

assalamualaikum.

secara ringkas syukur sgt dgn life sekarang. byk yg dh berubah. mcm yg korg tahu yana dh ada anak. hoho. secara rasminya atas persetujuan semua, muhammad rayyan al rizqi nama diberi pd anak yana. so sekarang nie cuti sabtu ahad pn yana sggup blk kg. tk tertahan rindu pd dak rayyan tu. terbayang muka dia. muncung dia bila tgh 'yarkyark'. tangis dia mntak susu. rengek dia bila kembung perot. adoii. lemah. skg nie pn rasa nk bekejar balik kg!

syukur sgt2 rayyan jenis yg tk byk meragam. nk cerita pasal pngalaman jd ibu muda memg tk tertaipkn. haha. dulu kalau blk kg, tido sorg2. skg dh bdua dgn dak rayyan. rasa lh pengalaman berjaga mlm. buat susu. tukar lampin. haha. pernah jgk tido duduk sbb rayyan tkmau lelap. terpaksa letak rayyan atas riba n gerak2kn kaki. mcm mak2 kita buat dulu2. haha. plg kurang 3 kali terjaga utk 1 mlm. 

kehadiran rayyan jgk mngeratkan lg hubungan capital F dgn mak abah yana. bila ada cuti capital F dtg melawat rayyan kt rumah mak abah. benda sweet bg yana bila kami berdua keluar beli barang keperluan rayyan. ohh man! capital F sgt tertarik dgn benda2 warna pink rupanya. sampaikan baju encik rayyan kami pn dia nk beli warna pink siap berbunga. *rayyan kami? ahah! bila diketawakan mula lh dia menjawab mngenakan yana blk. 'well, planning kita kn anak perempuan' ouh erk? kita ada plan ea? haha. *teringat zaman skolah. suka berangan dgn dia. siap tnya dia nk anak 1st boy or girl. biasalah budak2.

berdepan dgn jiran2. susah. memg agak mencabar utk mnjawab semua soalan saudara terdekat n jiran2. papepn utk elak salah faham, yana cuba mnjawab dgn berhati2. maruah mak abah perlu dijaga. syukur semuanya lancar n meraka terbuka menerima. lgpn memg tk munasabah klau meraka nk tuduh yg bukan2 sbb sblm nie pernah ke nmpak perot yana membesar? haha. setiap petang yana siap main badminton kt depan rumah lg. main kejar2 dgn adik. main basikal pusing lorong. haha. punyalah nk 'menunjukkn' diri pd jiran2. tknk lh nti dikatakan lama tk nmpak sbb mnyembunyikan sesuatu. yedak?

rayyan dh pn berusia sebulan. hari silih berganti. prktikal yana kt hospital raja permaisuri bainun ipoh pn tggal dua bln lg. lps nie exam dan pas tu horeyyy. tamat pengajian. tk sabar. tk sabar.

insyaallah pd majlis pertunangan abg hujung mac nie, rayyan akan 'naik buai'. semoga semua berjalan mcm dirancang.  amin




Monday, January 28, 2013

i became a mother.

assalamualaikum



gila lama tk hapdate. mcm biasa yg dipersalahkan adalah masa. yup. tkdok masa! byk benda baru. sesuatu baru. hal yg baru. hidup baru. smua pn nk baru. ok plg pnting status n title utk diri ak pn bakal baru. that is....i became a mother.

org kata jadi ibu segera nie tk mudah. byk faktor kita kena pertimbangkan. lagi pulak ak muda lg n still single. i'm 21. kebiasaannya yg ambil anak angkat nie org2 yg dh berkahwin. tp ak masih lg berstatus CIK n still blajar. insyaallah jun thn nie habis n boleh bina kerjaya. amin.

alhamdulillah, niat ak utk ambil anak angkat dpt sokongan keluarga. mak abah n kluarga byk membantu. walaupun ada kawan2 yg tk berapa setuju dgn niat ak, tp insyaallah jika niat baik, allah akan permudahkan.

sekarang kami tgh tggu hari 'baby' lahir. persiapan utk baby pn dh hampir siap sepenuhnya. ada jugak barang2 persiapan hadiah dari mak long.

siapa sangka, setelah byk ujian besar yg ak lalui tahun 2012, alhamdulillah tahun 2013 Dia bg ak senyuman. walaupun ada yg kata jadi ibu nie satu tanggungjawab yg besar, tp ak sure Dia slalu ada. saat hati terbukak utk terima baby, terasa lega hati. setidak-tidaknya tkde lh kita dengar kes bayi dibuang bertambah. tk tahan rasa hati bila tgk kt tv bayi dibuang dlm sampah, lubang jamban, dlm sungai, dll. tkde perasaan ke ?

ada yg kata niat tu suci. tp kena jgk fkir tntg masa dpn diri ak sendiri. insyaallah bila sampai masa ak akan jumpa teman hidup. tp boleh ke dorg percaya baby anak angkat ak. org sekarang fikiran cetek. mesti dorg akan tuduh ak yg bukan2. si suami, ak boleh yakinkan. tp family dia? adakah ak akan dituduh sebagai seorang janda? ketawa ak bila seorang sahabat menasihatkan n tanya ak mcm tu. well, surat beranak baby kn ada. di situ ada nama ibu sebenar baby.

apapn yg akan mendatang, insyaallah ak blh lalui. sokongan family yg penting. harap yg lain jgk turut mendoakan yg terbaik utk masa dpn ak. amin

Thursday, December 13, 2012

Cinta Remaja

assalamualaikum..


selepas bermain dgn hawa inshirah bayi comel milik sepupu kesayangan. bhaha. tetiba terfikir soal cinta. let's talk about love!

Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ni tp bagi ak cinta sesama insan ketika remaja adalah BOLEH dijalinkan. bkn sbb ak bercinta, so ak membolehkan perkara haram. ak rasa cinta tk dilarang dlm agama asalkan masing2 tahu batasan n mengawal perasaan cinta tu.

Perasaan utk mencintai n dicintai memang tk dpt dielakkan olh semua insan terutamanya bagi remaja. tlg jgn nk menyangkal atau menafikan. kita manusia biasa. lumrah manusia ingin disayangi. tp cinta remaja nie seharus lh membawa kesan yg positif bg remaja kerana mereka mempunyai pendorong utk memberi galakan atau persaigan dlm bidang pelajaran selain drpd ibu bapa mereka yg sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Namun remaja harus mengamalkan sikap berhati-hati n tk melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya tk mengikut perasaan remaja mereka dan sama2 belajar utk menjadi org dewasa yg lebih baik.

Kesilapan besar yg mnjadi kesalahan remaja tergelincir dr cinta yg benar adalah pasangan yg melafazkan cinta, tp sebenarnya mereka tk tahu mengapa n Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bg pasangan yg sdg asyik dilamun cinta, dunia nie ibarat mereka yg punya. itu adalah cinta nafsu semata2. elok lh dijauhkan dr sifat mcm tu. kelak diri merana kawan2ku syg.

Namun begitu still ramai yg tk tahu apa tu cinta n bagaimana nk menjadikan ikatan cinta yg dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tntng konsep cinta antara lelaki n wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yg dijalin tk membawa kpd kekecewaan.

Bg wanita cinta adalah sejenis emosi. Kpd org lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian, suatu fasa hidup n bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan n penghujung. sbb tu bg org lelaki sekali mereka jatuh cinta dgn wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yg menimpa.


Oleh sebab itu, lelaki apabila dh melafazkan cintanya kpd wanita, tk kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yg diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.

Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata2 belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yg menjadi perbezaan ketara istilah “cinta” bagi lelaki dan wanita.

soal cinta ni terlalu umum n terlalu byk pendapat. sbb lain org, lain cara n ragamnya. papepn semua bergantung pd niat. jika benar cinta sesama lelaki n wanita itu kerana allah, maka bhagia lh mereka melalui jln lurus menuju ke syurga bersama. tp jika pincang niat bercinta itu, maka terpesong lh cinta mereka melalui landasan syaitan ke lembah hina n noda.


kesimpulannya, semoga Allah memelihara langkah kita menyusuri jln kehidupan yg pnh dgn rintangan n ujian yg perlu kita tempuh. semoga Allah sentiasa bersama kita n tk kn meninggalkan kita walau sesaat. dgr nasihat org tua krn setiap pesan dr org tua kita, ada maksud tersirat n ada benarnya krn mereka dulu makan garam. ingat!

terima kasih sudi baca
wassalam