assalamualaikum.
entry nie yana sekadar nak berkongsi ilmu dari apa yg yana dapat dari blog islamituindah.com. sgt best. lepas baca terus semangat nak puasa. dh tak ada malas2. haha . byk sgt kelebihan ramadan. beruntung lahir sebagai seorang islam. alhamdulillah, syukur.
silakan menghayati
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di
dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang
lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu
syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi
peluang kepada manusia membersihkan diri mereka
sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di
mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70
fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan
yang kesemuanya insya Allah akan kita bentangkan satu persatu dalam
risalah kecil ini.
a) Ramadhan adalah penghapus dosa
Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ
إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ
الْكَبَائِرَ
“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan
penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat
Imam Muslim)
b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan
Sabda Rasulullah s.a.w;
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ
ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ
وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا
بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من
النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan
dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada
satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada
satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan
berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai
orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah
dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal
dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap
malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan
Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
c) Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah s.a.w.;
Sabda Rasulullah s.a.w.;
أُعْطِيَتْ أُمَّتِيْ فِي شَهْرِ رَمَضَاْنَ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ
نَبِيٌّ قَبْلِيْ: أَمَّا الوَاْحِدَةُ فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ أَوَّلُ
لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَاْنَ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِمْ وَمَنْ نَظَرَ
اللهُ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا، وَأَمَّا الثَّانِيَةُ: فَإِنَّ
خُلُوْفُ أَفْوَاْهُهُمْ حِيْنَ يُمْسُوْنَ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ
رِيْحِ الْمِسْكِ، وَأَمَّا الثَّاْلِثَةُ: فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ
تَسْتَغْفِرُ لَهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، وَأَمَّا الرَّاْبِعَةُ:
فَإِنَّ اللهَ تعالى يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُوْلُ لَهَا: اِسْتَعِدِّيْ
وَتَزَيَّنِيْ لِعِبَاْدِيْ أَوْشَكَ أَنْ يَسْتَرِيْحُوْا مِنْ تَعَبِ
الدُّنْيَا إِلَى دَاْرِي وَكَرَامَتِيْ، وَأَمَّا الْخَاْمِسَةُ:
فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ آخِرُ لَيْلَةٍ غَفَرَ اللهُ لَهُمْ جَمِيْعًا،
فَقَاْلَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: أَهِيَ لَيْلَةُ الْقَدْرِ؟ قَالَ: لاَ
أَلَمْ تَرَ إِلَى الْعُمَّالِ يَعْمَلُوْنَ فَإِذَا فَرِغُوْا مِنْ
أَعْمَالِهِمْ وُفُّوْا أُجُوْرَهُمْ
.
“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum
pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;
Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)
d) Malam al-Qadar
Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat
lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan
keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا
لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ،
تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ
أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar
(kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar
itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat
dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
- Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu ‘Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-‘Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.
- Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.
- Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya”.
- Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama’ berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.
Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam
al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w.
dalam sabdanya;
تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan
Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)
Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang
yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk
merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah
menegaskan;
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا
“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di
bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang
tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan
kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal
kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana
pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda. Antara amalan-amalan utama
di bulan Ramadhan dapat kita senaraikan seperti berikut;
1) Berpuasa dengan sesungguh hati
Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan
mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya
yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Setiap
amalan anak Adam akan digandakan di mana satu amalan kebaikan akan
digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda, kecuali puasa. Allah
berkata; ‘Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan
pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya
dan makanannya dengan sebabKu’. Bagi orang yang berpuasa dua
kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu
Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di
sisi Allah dari bau kasturi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah
r.a.)
2) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ قَاْمَ رَمَضَاْنَ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاْباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبـِهِ
“Sesiapa bangun (untuk beribadah) pada malam-malam Ramadhan kerana
imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan
diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu
Hurairah r.a.)
Menurut Imam an-Nawawi, yang dimaksudkan dengan Qiyam Ramadhan dalam
hadis di atas ialah solat Terawikh. Namun ada ulama’ yang memberi makna
yang umum iaitu segala solat sunat yang dilakukan untuk menghidupkan
malam iaitulah qiyamullail. Jadi mengikut pandangan kedua ini termasuk
di dalam Qiyam-Ramadhan itu; solat Terawikh, solat Tahajjud, solat
Taubah dan sebagainya. (Rujuk; Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi dan
Raudhatul-Muttaqien syarh Riyadhus-Salihin)
3) Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan
Terdapat hadis di mana Saidatina ‘Aisyah menceritakan;
كَاْنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ
الْعَشْرَ الأَوَاْخِرَ مِنْ رَمَضَاْنَ أَحْيَا اللَّيْلَ، وَأَيْقَظَ
أَهْلَهُ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
“Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan
Ramadhan, baginda bangun menghidupkan malamnya (dengan ibadah lebih dari
biasa), membangunkan ahli-ahli keluarga baginda (untuk sama mengerjakan
ibadah seperti baginda), baginda bersungguh-bersungguh (mengerjakan
ibadah) dan baginda mengikat kainnya (*kiasan kepada kesungguhan untuk
beribadah atau kiasan kepada meninggalkan isteri untuk menumpukan kepada
ibadah)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam satu riwayat yang lain, Saidatina ‘Aisyah menceritakan;
“Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir
Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain”. (Riwayat oleh
Imam Muslim)
4) Beriktikaf
Di antara Ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di bulan
Ramadhan terutamanya pada sepuluh hari terakhirnya ialah iktikaf.
Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;
أَنَّ النَّبِيَّ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- كَانَ يَعْتَكِفُ
الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ، حَتَّىَ تَوَفَّاهُ اللهُ عَزَّ
وَجَلَّ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
“Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan hingga
ia meninggal dunia. Kemudian isteri-isteri baginda meneruskan iktikaf
selepas kewafatan baginda”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Iktikaf bermaksud menetap di dalam masjid dengan niat ibadah. Syaratnya ada tiga iaitu;
Pertama: Berniat iktikaf (yakni berniat untuk tinggal/berdiam di dalam masjid dalam tempoh tertentu dengan tujuan ibadah bagi melaksanakan sunnah Nabi s.a.w.)
Kedua: Menetap/tinggal di dalam masjid dalam tempoh tertentu yang dapat dianggap pada uruf bahawa seseorang itu beriktikaf atau duduk diam di dalam masjid.
Ketiga: Seorang yang beriktikaf pula disyaratkan hendaklah seorang muslim, berakal sihat dan suci dari haid, nifas dan janabah.
Pertama: Berniat iktikaf (yakni berniat untuk tinggal/berdiam di dalam masjid dalam tempoh tertentu dengan tujuan ibadah bagi melaksanakan sunnah Nabi s.a.w.)
Kedua: Menetap/tinggal di dalam masjid dalam tempoh tertentu yang dapat dianggap pada uruf bahawa seseorang itu beriktikaf atau duduk diam di dalam masjid.
Ketiga: Seorang yang beriktikaf pula disyaratkan hendaklah seorang muslim, berakal sihat dan suci dari haid, nifas dan janabah.
(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam asy-Syafi’ie, jil. 2)
Beriktikaf hukumnya adalah sunat pada setiap waktu dan lebih
disunatkan lagi pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan kerana
di antara malam-malam tersebut terdapatnya lailatul-Qadar atau malam
al-Qadar. Menurut ulama’, beriktikaf pada sepuluh malam terakhir dari
bulan Ramadhan hukumnya adalah sunat muakkad (yakni sunat yang amat-amat
disuruh).
(Rujuk: Raudhatul-Muttaqien syarh Riyadhus-Salihin, jil. 3, kitab al-I’tikaf)
(Rujuk: Raudhatul-Muttaqien syarh Riyadhus-Salihin, jil. 3, kitab al-I’tikaf)
5) Mencari malam al-Qadar (lailatul Qadar)
Firman Allah menjelaskan kelebihan malam al-Qadar (lailatul-Qadar);
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan”. (al-Qadar: 3)
Menurut kebanyakan ahli Tafsir, ayat ini memberi pengertian kepada
kita bahawa beramal pada malam al-Qadar atau lailatul-Qadar lebih baik
dari beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul-Qadar (malam
al-Qadar) di dalamnya.
(Rujuk: al-Asas fi at-tafsir, Said Hawa, surah al-Qadr)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
من قَامَ لَيلَةَ القَدرِ إِيماناً واحتِسَاباً غُفِرَ لَهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِِهِ
“Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana
imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan
dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Menurut penjelasan beberapa hadis Rasulullah s.a.w., lailatul-Qadar
ini terdapat di sepuluh malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam-malam
ganjil darinya. Kerana itulah, Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada
malam-malam tersebut termasuklah beriktikaf di masjid sebagaimana yang
telah kita jelas tadi. Sabda baginda;
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan
Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
“Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari)
Menurut ulama’, sekurang-kurangnya qiyam lailatil-Qadr (yakni bangun
mengerjakan ibadah pada malam al-Qadar untuk mendapatkan kelebihannya)
ialah dengan seseorang itu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh
berjamaah. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya;
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ
اللَّيْل، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى
اللَّيْلَ كُلَّهُ
“Sesiapa menunaikan solat Isyak berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail separuh malam. Dan sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail keseluruhan malam”. (Riwayat Imam Muslim dari Ustman r.a.)
Namun demikian, yang paling sempurna ialah dengan memenuhi
keseluruhan malam atau sebahagian besarnya dengan solat, bacaan
al-Quran, zikir atau seumpamanya dari jenis-jenis ketaatan.
(Rujuk: at-Tajul Jami’ Lil-Ushul, Syeikh Manshur ‘Ali Nashif, jil. 2, hlm. 80)
(Rujuk: at-Tajul Jami’ Lil-Ushul, Syeikh Manshur ‘Ali Nashif, jil. 2, hlm. 80)
6) Membanyakkan bacaan al-Quran termasuklah bertadarus
Bulan Ramadhan adalah bulan penurunan al-Quran sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya;
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an
sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai
petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)”.
(al-Baqarah: 185)
Oleh itu, amat digalakkan kita menghidupkan Ramadhan ini dengan
memperbanyakkan membaca al-Quran. Membaca al-Quran termasuk antara
amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah
terutamanya di bulan Ramadhan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda
lagi. Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَاْ تَقَرَّبَ الْعِبَاْدِ إِلَى اللهِ تعالى بـِمِثْلِ مَا خَرَجَ مِنْهُ يَعْنِيْ الْقُرْآنَ
“Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan
Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah)
iaitulah al-Quran”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari
Abu Umamah r.a.)
Selain membaca secara bersendirian, digalakkan juga kita membaca
secara berkumpulan atau bertadarus. Dalam hadis Bukhari, Ibnu ‘Abbas
menceritakan; “Pada setiap malam di bulan Ramadhan malaikat Jibri datang
kepada Rasulullah s.a.w. untuk bertadarus al-Quran dengan baginda”.
Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah s.a..w.
dalam satu hadis baginda;
مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِيْ بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ
كِتَاْبِ اللهِ وَ يَتَدَاْرَسُوْنَهُ فِيْمَاْ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ
عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَ غَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَ حَفَّتْهُمُ
الْمَلاَئِكَةُ وَ ذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ
“Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)
7) Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain
Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.;
‘Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal?’. Jawab Rasulullah
s.a.w.;
الصَّدَقَةُ في رمضَانَ
“Sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan;
كَاْنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاْسِ، وَأَجْوَدُ
مَاْ يَكُوْنُ فِي رَمَضَاْنَ، حِيْنَ يَلْقَاْهُ جِبْرِيْلُ، وَكَاْنَ
جِبْرِيْلُ عليه السلام يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ
فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ
بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ الْمُرْسَلَةِ
“Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda
menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan tatkala Jibril datang
kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan
Ramadhan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya
Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup
tanpa sekatan/halangan)”.
Berkata Imam al-Mawardi; “Disunatkan kepada seorang lelaki
melapangkan ahli-ahli rumahnya (*yakni melebihkan belanja kepada mereka
dan sebagainya-pent.) pada bulan Ramadhan dan melakukan kebaikan kepada
kaum kerabatnya dan jiran-jirannya terutama pada sepuluh hari terakhir
darinya”. (al-Majmu’, Imam Nawawi, jil. 6, halaman 398)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
عُمْرَةٌ فِي رَمَضَانَ تَعْدِلُ حِجَّةً
“Sekali umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala sekali haji”. (Riwayat
Imam Ahmad dan Ibnu Majah dari Wahab bin Khanbasyi r.a.)
Dalam riwayat lain,
عُمْرَةٌ فِي رَمَضَانَ تَعْدِلُ حِجَّةً أَوْ حِجَّةً مَعِيْ
“Sekali umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala sekali haji atau sekali haji bersamaku”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
9) Banyak berzikir, beristighfar dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka
Sabda Rasulullah s.a.w;
ذَاْكِرُ اللهِ فِيْ رَمَضََانَ مَغْفُوْرٌ لَهُ، وَسَاْئِلُ اللهِ فِيْهِ لاَ يَخِيْبُ
“Orang yang berzikir kepada Allah di bulan Ramadhan, akan dikurniakan
(Allah) keampunan untuknya. Dan orang yang memohon dari Allah di bulan
Ramadhan, ia tidak akan kecewa (yakni ia pasti akan mendapat apa yang ia
pohon)”. (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Umar r.a.)
10) Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)
Sabda Rasulullah;
ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُم: الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَالإِمامُ العادِلُ، وَدَعْوَةُ المَظْلُومِ
“Tiga manusia yang tidak akan ditolak doa mereka (oleh Allah);
Orang yang berpuasa hinggalah ia berbuka
Imam (pemimpin) yang adil
Doa orang yang dizalimi”.
(Riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
Orang yang berpuasa hinggalah ia berbuka
Imam (pemimpin) yang adil
Doa orang yang dizalimi”.
(Riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
إنَّ للصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً ما تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak
akan ditolak”. (Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As)
Doa yang makthur dari Rasulullah s.a.w. untuk dibaca ketika berbuka
puasa akan kita nyatakan di depan nanti. Adapun doa lailatul-Qadar, maka
diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Aku
bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, jika aku menemui
lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku
ucapkan?’. Jawab Rasulullah; ‘Kamu bacalah doa;
اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha
pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hambaMu). Maka maafkanlah daku
(yakni ampunkanlah dosa-dosaku)”. (Riwayat Imam at-Turmuzi)
Doa lailatul-Qadar ini ada baiknya kita membacanya pada setiap malam
di bulan Ramadhan kerana dengan membacanya pada setiap malam, pastinya
salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita
menyedarinya. Jika kita membacanya secara berselang, ada kemungkinan
malam yang kita tidak membaca doa itu, malam tersebut merupakan malam
al-Qadar. Maka akhirnya kita terluput dari mendapat kelebihan yang besar
ini, walhal ia amat mudah diperolehi.
Menurut ulama’, kita digalakkan supaya berdoa pada setiap ketika dan
lebih digalakkan lagi berdoa pada bulan Ramadhan terutamanya pada
sepuluh hari terakhir darinya (terutama yang ganjil). (rujuk; al-Asas fi
at-Tafsir, Syeikh Said Hawa, surah al-Qadar).
11) Bersahur
Ramai di kalangan kita yang suka mengabaikan amalan bersahur di bulan
Ramadhan. Mungkin kita menganggap bersahur itu semata-mata untuk
mengelakkan kita dari terlalu letih pada siangnya. Namun bersahur
sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Ini sebagaimana yang
dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya;
تَسَحَّرُوْا، فَإِنَّ السُّحُوْرَ بَرَكَةٌ
“Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)
Pahala bersahur diperolehi dengan semata-mata makan atau minum walaupun seteguk air. Sabda Rasulullah;
تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةِ مَاْءٍ
“Bersahurlah walaupun dengan seteguk air”.
(Riwayat Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas r.a.)
Waktu bersahur bermula apabila sudah masuk tengah malam. Walau
bagaimanapun disunatkan melambatkan sahur yakni sebelum terbitnya fajar.
Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w.;
لاَ تَزَاْلُ أُمَّتِيْ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الإِفْطَارَ وَأَخَّرُوْا السُّحُوْرَ
“Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.)
12) Segera berbuka sebaik saja masuk waktu berbuka
Apabila sampai masa untuk berbuka, kita disunatkan supaya segera berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w.;
لاَ تَزَاْلُ أُمَّتِيْ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الإِفْطَارَ وَأَخَّرُوْا السُّحُوْرَ
“Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.)
Menjadi sunnah Rasulullah s.a.w. berbuka terlebih dahulu sebelum
menunaikan solat. Melambat-lambat berbuka puasa hukumnya adalah makruh
kecuali jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan.
Selain itu, juga disunatkan perkara-perkara berikut ketika berbuka;
a) Berbuka dengan buah kurma atau air
Disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma basah. Jika tidak ada,
dengan buah kurma kering. Jika tidak ada buah kurma, disunatkan berbuka
dengan air. Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ وَجَدَ تَمْراً فَلْيُفْطِرْ عَلَيهِ وَمَنْ لاَ فَلْيُفْطِرْ عَلَى مَاءٍ فإِنَّ الْمَاءَ طَهُوْرٌ
“Sesiapa memperolehi buah tamar/kurma maka berbukalah dengannya. Sesiapa yang tidak memperolehinya, maka berbukalah dengan air kerana ia adalah penyuci”.
(Riwayat Imam Hakim, Tirmizi dan an-Nasai dari Anas r.a.)
Anas r.a. menceritakan bahawa; “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa
dengan beberapa kurma basah/segar, kalau tidak ada kurma basah maka
dengan kurma kering dan kalau tidak ada buah kurma, baginda akan berbuka
dengan beberapa teguk air”. (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Abu Daud)
b) Membaca doa ketika berbuka atau sesudahnya
Di antara doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. ketika berbuka ialah;
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ
“Ya Allah! BagiMu aku berpuasa dan dengan rezekiMu aku berbuka”. (Riwayat Abu Daud dari Mu’az bin Zuhrah)
اَللَّهُمَّ ذَهَبَ الظَّمْأُ، وابْتَلَّتِ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاْءَ اللَّهُ
“Ya Allah! Hilanglah dahaga, basahlah seluruh urat tubuh dan tercapailah
pahala insya Allah”. (Riwayat Imam an-Nasai dan Abu Daud dari Abdullah
bin Umar r.a.)
c) Tidak berlebihan ketika berbuka puasa
Di antara adab yang digalakkan oleh ulama’ ketika berbuka puasa ialah
tidak berlebihan ketika menikmati makanan. Makanlah dengan kadar
sederhana sahaja, tidak terlalu banyak supaya tidak keletihan untuk
menunaikan ibadah malam nanti (solat terawikh, tadarus al-Quran dan
sebagainya). Kata ulama’; “Sesiapa yang kenyang di awal malam nescaya ia
akan ketinggalan pada baki malamnya”.
13) Memberi makanan untuk orang berbuka puasa
Di bulan Ramadhan, disunatkan kita memberi makan atau minum kepada
orang-orang yang berpuasa sekalipun dengan sebiji kurma atau seteguk
air. Namun yang lebih baik ialah memberi makan sampai mengenyangkan
mereka. Fadhilatnya ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ فَطَّرَ صَاْئِمًا كَاْنَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنـَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّاْئِمِ شَيْئًا
“Sesiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya seumpama orang yang berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun”. (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Zaid bin Khalid r.a.)
Dan disunatkan juga kita makan bersama dengan orang yang berpuasa dan
cara seperti ini lebih baik bagi menunjukkan rasa rendah diri.
14) Menjaga segala anggota, tingkah-laku dan tutur-kata sepanjang bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah s.a.w.;
لَمْ يَدَعْ قَولَ الزُّورِ والعملَ بِهِ وَ الجَهْلَ فلَيسَ لله حاجةٌ بأَنْ يَدَعْ طعامَهُ وشَرَابَهُ
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)”. (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.)
15) Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran
Tujuan puasa sebagaimana yang dijelaskan Allah ialah untuk melahirkan
ketakwaan dalam jiwa. Ini sebagaimana yang difirmankan Allah di dalam
al-Quran;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (al-Baqarah: 183)
Oleh itu, supaya tujuan puasa itu benar-benar dapat dihayati oleh
kita, maka di sepanjang bulan Ramadhan ketika kita melaksanakan ibadah
puasa, hendaklah ada keazaman yang kuat dalam jiwa kita untuk menjadi
manusia yang bertakwa seperti yang dihendaki Allah. Kita hendaklah
mengelak dari berpuasa semata-mata kerana kebiasaan atau rutin tahunan
yang menyebabkan kita tidak berusaha mengambil apa-apa pengajaran dari
puasa kita itu.
Mengenai kedudukan sabar pula, maka Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang disampaikan oleh Ibnu Khuzaimah tadi;
َهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ وَالصَّبْرُ ثَوَاْبُهُ الْجَنَّةُ
“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga..”. (Riwayat Abu Khuzaimah dari Salman r.a.)
Begitu juga dalam satu hadis yang lain, Rasulullah bersabda;
الصَّومُ نِصفُ الصَّبرِ
“Puasa adalah separuh kesabaran”. (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
that's all. salam
*copypaste by islamituindah.com